KUALA LUMPUR 23 Ogos – Langkah kerajaan dalam mengatasi masalah ketirisan memberi kesan negatif sementara kepada sentimen pasaran dan ringgit, namun akan membuahkan hasil positif kepada negara menjelang 2020. Penganalisis Ekonomi merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Alpha College of Technology, Dr. Hamzaid Yahya berkata, ketika ini keyakinan pelabur telah mula pulih apabila dasar kerajaan nampak semakin jelas. “Saya fikir apa yang Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad buat itu…










