PUTRAJAYA 10 Ogos – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kontinjen negara perlu mengatasi sasaran tujuh pingat emas jika mahu menamatkan saingan dalam kelompok 10 pasukan terbaik di Sukan Asia 2018. Sasaran untuk berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik di Sukan Asia merupakan matlamat utama penubuhan Program Podium. Empat tahun lalu, kontinjen Malaysia menamatkan saingan di Incheon di kedudukan ke-14 selepas meraih lima pingat emas…










