KEMAMAN 29 Ogos -Tahap keselamatan di pusat-pusat tahfiz kembali menjadi persoalan apabila terbaharu, sebuah rumah yang dijadikan asrama Pusat Tahfiz Hafizatul Quran di bandar Cukai sini terbakar malam tadi. Bagaimanapun dalam kejadian yang bermula kira-kira 8.30 malam itu, kesemua 11 pelajar perempuan kalangan anak yatim dan seorang guru tidak berada dalam asrama tersebut kerana sedang mengikuti kelas hafazan al- Quran dibangunan bersebelahan. Kebakaran menyebabkan separuh daripada premis milik Pertubuhan Cakna…










