NEW YORK 29 Ogos – Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), semalam menggesa pemimpin tentera Myanmar yang didakwa mendalangi penganiayaan terhadap etnik minoriti Rohingya supaya diadili mahkamah antarabangsa. Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley berkata, fakta tentang penghapusan etnik Rohingya perlu disuarakan dan didengar. “Di sini, di Majlis Keselamatan PBB, kita perlu memastikan mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu diadilu,” katanya. Laporan oleh penyiasat PBB menggesa…










