Aqua Blue dapat CCC - Utusan Malaysia

Aqua Blue dapat CCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 20 Ogos – Country Garden, Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV), pemaju Forest City hari ini menerima Sijil Penyempurnaan dan Pematuhan (CCC) bagi kondominium Aqua Blue, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerahan CCC antara Pegawai Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Philip Majang kepada Pengarah Eksekutif CGPV, Datuk Md. Othman Yusof disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad.

Menurut Md. Othman, penyerahan CCC kondominium Aqua Blue yang melibatkan 482 unit terdiri daripada empat blok itu merupakan penerimaan sijil kedua oleh CGPV selepas kondominium Kylin pada Mei 2017.

Pihaknya serius terhadap pematuhan peraturan dan undang-undang dalam pelaksanaan pelbagai projek di Forest City.

“Bagi kami di CGPV, kejayaan hari ini merupakan penanda aras terhadap pencapaian dan komitmen dalam merealisasikan pembangunan Forest City.

“Ia merupakan teras kami dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan diyakini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN