APMM tahan empat bot asing ceroboh perairan negara - Utusan Malaysia

APMM tahan empat bot asing ceroboh perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan empat bot asing iaitu satu bot nelayan Vietnam dan tiga bot tangki minyak Thailand yang disyaki menceroboh perairan Kemaman dekat sini baru-baru ini.

Kesemua bot asing itu berjaya ditahan dalam operasi khas yang diadakan selama dua hari pada Isnin dan Selasa lalu.

Pengarah Maritim Kemaman, Muhammad Rezal Kamal Bashah berkata, bot tangki Thailand pertama dan kedua masing-masing berjaya ditahan pada kedudukan 167.1 dan 166.6 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman pada 11.40 pagi dan 12.40 tengah hari, 27 Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bot tangki minyak ketiga pula yang juga dari Thailand berjaya ditahan pada kedudukan 151.9 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman dekat sini pada 1.10 petang hari sama.

“APMM juga berjaya menahan bot nelayan Vietnam pada kedudukan 127.6 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman pada pukul 6.30 petang, 28 Ogos lalu” katanya kepada Kosmo! dekat sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini