Aplikasi pintar bantu jemaah - Utusan Malaysia

Aplikasi pintar bantu jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 17 Ogos – Dua juta jemaah yang bakal menunaikan ibadah haji akan dipermudahkan dengan aplikasi pintar yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi, pada tahun ini.

Pelancaran inisiatif ‘haji pintar’, menawarkan aplikasi untuk membantu jemaah haji dalam segala-galanya daripada rancangan perjalanan sehingga penjagaan perubatan.

Sebagai contoh, Asefny adalah aplikasi yang dilancarkan oleh Bulan Sabit Merah Arab Saudi untuk membantu jemaah haji mendapatkan rawatan perubatan kecemasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia membolehkan pihak berkuasa untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui aplikasi tersebut.

Kementerian Haji Arab Sau­di turut melancarkan aplikasi Manasikana, yang menyediakan terjemahan bagi jemaah haji yang tidak tahu berbahasa Arab atau Inggeris.

Semalam, kira-kira 1.6 juta jemaah tiba di Mekah dari pelbagai negara dengan memakai pakaian warna berbeza.

Sementara itu, Pusat Penyelidikan Pew turut berkata bilangan umat Islam di dunia dijangka meningkat daripada 1.8 bilion pada 2015 kepada tiga bilion pada 2060. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN