KUALA LUMPUR 28 Ogos – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau percaya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya seperti yang telah dipersetujui sebelum ini. Ujar Anwar, beliau mempercayai Ahli Parlimen Langkawi itu dan tiada sebab untuknya mempersoalkan perkara tersebut. “Saya percayakannya dan tiada sebab untuk saya persoal. Selagi saya terus mempunyai hubungan baik dengannya, tidak mengapa,” katanya sambil mengakui…










