KUALA LUMPUR 20 Ogos – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid untuk membetulkan ‘dakwaan’ bahawa terdapat pakatan menghalang beliau menjadi Perdana Menteri. Anwar memberitahu, beliau telah menasihatkan Abdullah Sani yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat PKR agar membuat pembetulan itu secepat mungkin kerana dakwaan tersebut tidak berasas. Abdullah Sani sebelum ini dilaporkan dalam satu acara kempen ‘Reformasi 20 tahun’ mendakwa Anwar…