SETIAP kali Hari Raya Aidiladha, kita akan diperingatkan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Peristiwa pengorbanan kedua-dua Nabi ini perlu dijadikan contoh dan diamalkan oleh kita pada setiap hari. Pengorbanan membawa erti yang cukup besar. Sebagai manusia, kita tidak boleh menjalani kehidupan dengan mementingkan diri. Bayangkan, apa akan terjadi jika ibu bapa tidak sanggup berkorban menjaga anak-anak mereka? Mampukah seorang bayi yang berusia beberapa hari sahaja mampu menjalani kehidupan…










