KETIKA mengadakan sidang media di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini, seorang wartawan meminta pandangan saya mengenai polemik berkaitan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pegawai kanan kerajaan terutamanya polis. Saya agak terkejut dengan soalan ini kerana pada pendapat saya sebarang usaha untuk meningkatkan penguasaan apa jua bahasa perlu disokong kerana ia sudah pastinya memberikan banyak kelebihan. Namun apabila saya membaca pendapat yang diutarakan di dada-dada akhbar, jelas kelihatan kebimbangan sebenar…










