AMPANG – Perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Seri Liow Soon Hee yang menyerang dan mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sebuah tokong tahun lalu akan diteruskan di Mahkamah Majistret di sini selepas ketiga-tiga mangsa menolak bayaran pampasan yang ditawarkan. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili Soon Hee memberitahu, pihak Rela tidak berminat mengambil bayaran pampasan dan apa-apa tawaran selepas…










