Anggota bersenjata maut ditembak - Utusan Malaysia

Anggota bersenjata maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI 22 Ogos – Seorang anggota kumpulan bersenjata maut manakala dua lagi ditahan selepas satu pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand di wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang anggota pasukan ke­selamatan turut cedera dalam pertempuran sengit yang berlaku di Kampung Nasa di daerah Mayo, wilayah terbabit.

“Operasi itu diadakan selepas pihak keselamatan memperoleh maklumat keselamatan tentang kehadiran beberapa lelaki bersenjata di kawasan itu,” kata Komander Tentera Bahagian Ke-4, Lefte­nan Jeneral Piyawat Nakwanich.

Jelasnya, lelaki yang terbunuh dalam pertempuran itu, Syamsuddin Masa, 31, ditembak mati di bahagian belakang rumah yang dikepung oleh kira-kira 100 anggota pasukan keselamatan negara.

Menurut beliau, suspek dipercayai anggota kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan memiliki tiga waran tangkap daripada Mahkamah Narathiwat atas beberapa kes sebelum ini.

Dua lelaki yang ditahan telah dibawa ke Kem Ingkayuthaborihan, dekat sini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN