DERUMAN enjin jentera Formula Satu (F1) bingit mengelilingi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sehingga degupan jantung audiens semakin kencang melihat kelibat para pemandu bertaraf dunia di depan mata mereka. Buat julung-julung kali, penggemar sukan permotoran yang mengimpikan menonton pemandu kesayangan mereka beraksi mengemudi jentera bernilai jutaan ringgit dengan lebih dekat menjadi kenyataan di bumi Malaysia pada tahun 1999. Biarpun, kelibat jentera F1 melintas hanya beberapa saat di hadapan mereka, peminat tegar…










