PETALING JAYA – Ahli Pas yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Mohd. Tamrin Tun Ghafar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan pada satu sesi ceramah, enam tahun lalu. Mohd. Tamrin dilihat tersenyum di dalam kandang tertuduh sebaik sahaja keputusan itu dibuat oleh Hakim Azwarnida Affendi selepas Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Ashraf Zubir menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh. Dalam prosiding…










