PALEMBANG 22 Ogos – Hanya satu mata memisahkan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2018, Alia Sazana Azahari dengan pusingan akhir bagi acara 25m pistol wanita Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang berlangsung di sini hari ini. Atlet berusia 26 tahun itu mencatat 579 mata untuk berada di tangga ke-9 pusingan kelayakan, kekurangan satu mata di belakang tempat ke-8 dan ke-7 yang masing-masing milik Junghye Kwak dari Korea Selatan dan Rahe Jeevan…










