PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa enggan memberikan sebarang komen berhubung kontrak perkhidmatannya yang bakal tamat pada 29 Ogos ini sama ada disambung semula atau ditamatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Jelasnya, beliau tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan enggan mengulas lanjut tentang persaraannya. “Saya tidak tahu. Saya perlu ke Mesyuarat Kabinet,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Felo Perdana 2018 Kepada Menteri Kabinet di Dewan Taklimat…










