Ali Hamsa bersara selepas kontrak tidak disambung - Utusan Malaysia

Ali Hamsa bersara selepas kontrak tidak disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Ogos- Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa bersara selepas kontrak perkhidmatannya yang tamat esok tidak lagi disambung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ali dalam laman sosial twitternya hari ini turut berkongsi gambar serah tugas antara beliau dan Ketua Setiausaha Negara yang baharu, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.

“Saya menyerahkan nota serah tugas kepada @IsmailBakar60 yang bakal menggantikan saya sebagai Ketua Setiausaha Negara Ke-14. Tahniah dan selamat maju jaya Datuk Seri,” kata dalam keterangan gambar yang dikongsikan dalam laman sosial twitternya hari ini.

Sebelum ini, Ali dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai desas desus persaraannya ekoran kontrak perkhidmatannya kerana mendakwa tidak mengetahui sama ada kontraknya akan disambung atau tidak.

Difahamkan, perkhidmatan Ali yang berumur 63 tahun sebelum ini disambung secara kontrak ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ali sebelum ini dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 24 Jun 2012 bagi menggantikan Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun 2012 ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini