Akta gangguan seksual sudah dicadang 20 tahun lalu - Utusan Malaysia

Akta gangguan seksual sudah dicadang 20 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Usaha untuk memperkenalkan akta khusus bagi menangani masalah gangguan seksual bukanlah sesuatu perkara yang baharu kerana ia sudah pun dibuat sejak 20 tahun lalu oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
MUZAFFAR SYAH MALLOW

Pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow menjelaskan bahawa, Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) telah menyerahkan Rang Undang-Undang Cadangan Gangguan Seksual kepada Kementerian Sumber Manusia pada 30 Mac 2001.

“Sekiranya perkara itu dikuat kuasa sebagai akta kelak, ia akan memudahkan jalan kepada mangsa gangguan seksual mendapat bantuan untuk menghentikannya.

“Rang undang-undang itu berbentuk pencegahan serta mengesyorkan mekanisme-mekanisme tertentu bagi menangani masalah gangguan seksual,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan mewujudkan akta khusus bagi menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.

Langkah itu perlu berikutan semakin banyak kes gangguan seksual di tempat kerja berlaku walaupun kementerian berwajib telah memperkenalkan kod amalan berhubung perkara berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN