A&J Burger Grill buka cawangan di Shah Alam - Utusan Malaysia

A&J Burger Grill buka cawangan di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 13 Ogos – Restoran makanan ala barat, A&J Burger Grill, kini mengorak langkah dengan membuka satu lagi cawangan di Pusat Komersial Seksyen 7 di sini.

Pengasas A&J Burger Grill, Johar M. Jaffar berkata, ia adalah cawangan ketiga selepas cawangan di Kampung Melayu, Subang, dan di Sungai Merab, di Kajang.

“Cawangan utama A&J Burger Grill adalah di Kampung Melayu Subang dan ia milik saya sepenuhnya. Manakala di Sungai Merab dan Seksyen 7 ini saya mengusahakan dengan rakan kongsi,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis perasmian restoran tersebut bagi cawangan di Seksyen 7 disempurnakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Mohd. Khairuddin Othman.

Johar berkata, burger yang dijual di restorannya menepati selera masyarakat Malaysia menyebabkan ia diminati oleh pelanggan-pelanggan setianya.

Katanya, harga burger serta makanan ayam dan daging panggang yang dijual secara asing atau kombo adalah antara RM4.90 hingga RM89.90.

“Sasaran pelanggan saya di sini adalah dalam kalangan keluarga dan pelajar-pelajar di kawasan ini dan sambutan setakat lima hari ini agak menggalakkan,” katanya. – UTUSAN ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN