KUALA LUMPUR 27 Ogos – Penyanyi, Aishah tidak mempunyai sebarang masalah dan sedia berjumpa dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Vida untuk menyelesaikan kemelut berhubung pendedahannya baru-baru ini. Menurut penyanyi berusia 53 tahun itu, dia bukan sengaja mengadakan cerita melalui pendedahan di laman sosial Instagram selain mempunyai bukti serta dokumen untuk menyokong dakwaannya bahawa rantai hadiah daripada Dr. Vida adalah palsu. “Kalau dia mahu jumpa, saya tiada masalah. Saya boleh…










