KUALA LUMPUR 3 Ogos – AirAsia Group Bhd. akan membida kontrak operasi dan penyenggaraan bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Clark di wilayah Pampanga di Filipina. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam catatan di laman twitternya hari ini berkata, kumpulan tersebut akan membida kontrak bagi tempoh 25 tahun itu bersama dengan anak-anak syarikatnya di Indonesia dan Filipina. “Indonesia, Malaysia dan Filipina dalam semangat ASEAN akan bersama-sama membida kontrak…










