JAKARTA 26 Ogos – Hadir ke Jakarta bersama misi membawa pulang emas, Syakilla Salni Jefry Krisnan bagaimanapun bukan sahaja gagal mengulangi kecemerlangan 2014, malah terlepas meraih sebarang pingat dalam Sukan Asia 2018. Syakilla, 26, memenangi emas karate bawah 61 kilogram wanita dalam penampilan sulung di Incehon, empat tahun lalu. Dia bagaimanapun beraksi dalam kategori bawah 55kg di Jakarta, dan terpaksa akur kepada juara bertahan, Wen Tzuyun dari Taiwan menerusi keputusan…










