Ahmad Zahid, isteri berangkat tunaikan haji - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid, isteri berangkat tunaikan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid dalam akaun Twitter miliknya turut memohon maaf atas segala ketelanjuran dan kelemahan yang mungkin telah dilakukan sebelum ini.

Beliau juga mendoakan agar semua sahabat dan temannya turut sama mendapat jemputan untuk mengerjakan ibadah tersebut pada masa akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Assalamualaikum WBT, hari ini saya berangkat ke Tanah Suci mengerjakan haji bersama isteri tercinta. Saya memohon maaf atas keterlanjuran dan kelemahan yang mungkin ada selama ini.

“Saya doakan agar semua sahabat dan teman akan mendapat jemputan menjadi tetamu Allah satu masa nanti,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Ahmad Zahid turut memuat naik video berdurasi kira-kira 45 saat yang memaparkan suasana di kediamannya bersama keluarga sebelum beliau dan isteri berlepas ke Tanah Suci.

Turut kelihatan, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×