KOTA BHARU 22 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan, di sini, pagi ini. Keberangkatan tiba baginda pada pukul 8.35 pagi diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan. Kira-kira 2,000 jemaah menghadiri solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Tua Masjid Al-Ismaili, Baharuddin Abdullah. Selesai solat, khutbah bertajuk ‘Aidiladha Simbol Ketakwaan’ disampaikan Imam Muda masjid itu, Mohamad Hafizuddin Ibrahim yang memberi penekanan tiada agama lain yang lebih tinggi darjatnya melainkan Islam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya