Aeril Zafrel tidak tutup pintu rezeki anak-anak - Utusan Malaysia

Aeril Zafrel tidak tutup pintu rezeki anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Aktor, Aeril Zafrel tidak akan menghalang jika anak-anaknya mahu mewarisi darah seni sebagai penyambung warisan keluarga.

Jelas Aeril yang juga suami kepada pelakon Wawa Zainal itu, dia tidak berniat menyekat minat Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3, sekiranya mereka memilih untuk mencari rezeki dalam bidang seni.

“Saya dan Wawa sepakat tak akan mengongkong minat Attar dan Hayla bila mereka dewasa nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau mereka kata nak aktif dalam bidang hiburan, saya akan menyokong minat anak-anak.

“Yang pasti dalam usia masih kecil inilah saya mahu mereka terlebih dulu dididik dengan ilmu agama serta ilmu dunia sebagai pelajaran utama sebelum melangkah ke alam dewasa.

“Itu tugas saya dan Wawa selaku orang tua. Saya nak Attar dan Hayla tahu mengimbangi ilmu itu supaya tak tersasar bila dah berkecimpung dalam industri seni,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN