KEHIDUPAN seorang pelaku seni bernama Aeril Zafrel barangkali menjadi teladan atau dambaan kebanyakan golongan Adam. Dikurniakan isteri, Wawa Zainal yang amat memahami budaya kerjanya serta diserikan kehadiran sepasang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3, dia boleh diklasifikasikan sebagai amat bertuah. Pun begitu, adat menjalani hidup yang penuh dengan cabaran terutamanya menjalar daripada kritikan negatif netizen, pemilik nama sebenar Suhairil Sunari itu turut berdepan dengan hal…










