KUALA LUMPUR 17 Ogos – Sidang Dewan Rakyat pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menutup tirai semalam, turut mencuri perhatian beberapa pihak terhadap prestasi ahli Parlimen termasuk tahap penguasaan bahasa Melayu mereka. Antaranya ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kerajaan mempertimbangkan cadangan mengadakan kursus bahasa Melayu untuk ahli Parlimen. Beliau berkata, sewaktu Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Selangor daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008, kerajaan…










