Abu Talib dilantik sebagai Ahli Lembaga Tabung Haji - Utusan Malaysia

Abu Talib dilantik sebagai Ahli Lembaga Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Osman dilantik sebagai ahli lembaga Lembaga Pengarah Tabung Haji (Tabung Haji).

Memuatkan artikel berkaitan…

Tabung Haji dalam pengumuman menerusi laman webnya berkata, pelantikan Abu Talib berkuat kuasa pada 10 Ogos bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesional, Datuk Zaiton Mohd. Hassan dan Timbalan Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai wakil Perbendaharaan untuk Tabung Haji mulai 10 Ogos.

Abu Talib kini mengetuai Jawatankuasa Khas mengenai 1Malaysia Development Bhd. manakala Zaiton ialah Pengarah Bank Islam, Sime Darby Plantations Bhd. dan Dolphin International Bhd..

Ashraf pula berkhidmat sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN