A. Kadir sokong cadangan Najib tubuh RCI - Utusan Malaysia

A. Kadir sokong cadangan Najib tubuh RCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tiga projek berkaitan China disokong Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walau bagaimanapun, A. Kadir meletakkan dua syarat utama yang perlu dipenuhi bagi membolehkan hasrat untuk menubuhkan RCI berkenaan direalisasikan.

“Nombor satu, kita masukkan juga projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan nombor dua, Najib mesti suruh Low Taek Jho atau Jho Low balik ke tanah air,” katanya dalam satu kenyataan di blog, kadirjasin.blogspot, semalam.

Kelmarin, Najib menggesa kerajaan PH digesa menubuhkan RCI untuk menyiasat tiga projek berkaitan China iaitu Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER) bagi menentukan sama ada wujudnya salah laku.

Bekas Perdana Menteri itu turut mendesak PH mendedahkan kesemua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan, kajian impak ekonomi dan analisa manfaat kos bagi membolehkan rakyat menilai dengan sendiri sama ada baik atau sebaliknya bagi Malaysia meneruskan atau membatalkan ketiga-tiga projek tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini