99 pelajar Perlis ikuti program kecemerlangan - Utusan Malaysia

99 pelajar Perlis ikuti program kecemerlangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETWON 15 Ogos – Seramai 99 orang pelajar tingkatan empat terpilih daripada kesemua 30 buah sekolah menengah negeri Perlis menghadiri program ‘Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang (Towards Excellence Self Esteem Development) di Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Program selama tiga hari dari 14 hingga 16 Ogos itu bermula semalam, melibatkan 39 orang pelajar cemerlang serta 60 orang pengawai terpilih.


Ia adalah anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).


Memuatkan artikel berkaitan…

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat bercemar duli untuk bersama-sama para peserta di sepanjang program motivasi penuh bermanfaat melibatkan Pelajar Cemerlang yang sudah memasuki tahun ke-11 ianya diadakan dan tahun ke-9 bagi Pengawas Terpilih.


Dalam titah baginda selepas berangkat menghadiri sesi riadah suaikenal di pantai yang dikelolakan oleh Kapten Muhammad Azuan Mohamad Nasir, Tuanku Syed Faizuddin Putra menitahkan bahawa kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum harus diberikan perhatian dalam usaha merealisasikan hasrat melahirkan pelajar cemerlang dan berkualiti, berkemahiran sosial serta mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan mereka. 


Justeru, golongan pelajar disarankan supaya bergiat aktiflah di dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan, persatuan dan kelab, aktiviti kebudayaan, kepimpinan, keusahawanan serta aktiviti badan beruniform sebagai nilai tambah serta mengekalkan kesihatan dan kreativiti diri. 


‘Ketahuilah para pelajar bahawa kegiatan seperti inilah yang mampu mendidik anda dengan disiplin, keyakinan diri, sikap bertanggungjawab, berjiwa kompetetif dan membentuk jati diri yang kental sekaligus membina kecemerlangan berterusan dalam kehidupan dan penting dalam pembangunan negara’.


Malam semalam para peserta menyertai kerja berkumpulan berjudul ‘Kualiti Kepimpinan’ di bawah kendalian Affendi Rajini Kanth.


Antara objektif utama program tersebut ialah bagi memupuk semangat kekitaan dan perpaduan serta perasaan tanggungjawab di kalangan peserta agar dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara di masa hadapan.


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN