MEKAH 24 Ogos – Seramai 55 jemaah Malaysia yang melakukan nafar awwal semalam tidak sempat tawaf dan saie bagi melengkap kan ibadat haji masing-masing apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan. Kejadian itu menyebabkan sembilan jemaah iaitu tiga lelaki dan enam wanita cedera ringan termasuk seorang terseliuh bahu kanan manakala yang lain cedera di mata, kepala dan pipi akibat terhentak pada kerusi hadapan. Kemalangan itu membabitkan dua buah bas…










