SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan (KPDNHEP) menyerbu sebuah stor disyaki menjual kasut tiruan secara borong dan merampas 847 kasut pelbagai jenama bernilai RM29,010 di Bandar Baru Nilai, Nilai dekat sini, malam tadi. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Zubir Hamsa berkata, operasi selama tiga jam yang berakhir pukul 11.45 malam itu disertai 11 pegawai penguat kuasa bersama wakil pemilik cap dagang selepas pihaknya melakukan risikan selama tiga minggu. Menurutnya, premis yang menjual kasut pelbagai jenama tiruan itu dipercayai dijadikan stor sementara bagi tujuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya