KOTA BHARU 10 Ogos – Sebanyak 783 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Lawlessness yang dilancarkan sejak 3 Ogos lalu sehingga malam tadi. Dalam operasi melibatkan kawasan Ketereh dan Kok Lanas itu, sebanyak 218 motosikal turut disita atas pelbagai kesalahan antaranya diubah suai tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supritenden Markandan Subramaniam berkata, operasi besar-besaran itu membabitkan bahagian trafik, jenayah dan…










