65 penghuni Rumah Panjang Sengalang hilang tempat tinggal - Utusan Malaysia

65 penghuni Rumah Panjang Sengalang hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TATAU 26 Ogos – Seramai 65 penghuni Rumah Panjang Sengalang, Selisot di Jalan Bintulu-Tatau hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang berlalu awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknyamenerima panggilan kecemasan pada pukul 3.59 pagi tadi.

Katanya, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dan Bintulu dengan 19 anggota terus digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kebakaran didapati melibatkan sebuah rumah panjang setingkat yang mempuyai 11 buah pintu terbakar 100 peratus.

“Anggota bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan sumber air daripada jentera dan air terbuka dari Sungai Selitut yang berhampiran,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, kini anggota Bomba sedang membuat proses ‘overhaul’ bagi memastikan api padam sepenuhnya.

“Penempatan sementara mangsa kebakaran adalah di rumah jiran dan saudara mara yang terdekat.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini