60 pegawai dan anggota sertai Kembara PDRM - Utusan Malaysia

60 pegawai dan anggota sertai Kembara PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos- Sebanyak 60 pegawai kanan dan anggota menyertai program Kembara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha meningkatkan kerjasama antara masyarakat dengan polis berkaitan hal jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, inisiatif ini juga bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang aktiviti jenayah selain memberi peluang kepada pihak polis untuk mengetahui masalah yang berkaitan jenayah serta isu keselamatan setempat.

“Kita akan berlepas dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebelum bergerak ke tujuh lokasi iaitu di Dataran Putra, Putrajaya, Pusat Aktivit Warga Emas (PAWE) Cheras serta Restoran Pelita Ampang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari sana kita akan ke Masjid Al- Firdaus Segambut Luar, Pasar Borong Selayang, KL Sentral dan akan berakhir di pusat beli belah, Mytown kira-kira pukul 5 petang ini,” katanya ketika memberi ucapan di Program Kembara PDRM IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob.

Menurut Mazlan, program ini juga bagi menyemarakkan lagi semangat mengibar jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan di samping beramah mesra dengan masyarakat.

“Kita berharap program murni ini mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN