BUAT pertama kali dalam sejarah turun naik kapal terbang, tiga beg peribadi saya tidak muncul ketika menunggu Lapangan Tebang Antarabangsa Kuching. Menurut petugas, beg saya antara sebilangan yang ‘tersangkut’ pada konveyor di KLIA. Mungkin disebabkan musim percutian sempena Hari Raya Aidiladha, kesesakan memuncak telah menganggu sistem pengurusan beg, kata saya bersangka baik. Tetapi bukankah sistem beg tersebut dibina dengan keupayaan untuk mengendalikan beribu-ribu beg setiap hari, apatah lagi musim perayaan?…








