5 ditahan Op Khas Samseng Jalanan - Utusan Malaysia

5 ditahan Op Khas Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warga Indonesia dalam Op Khas Samseng Jalanan di beberapa lokasi di ibu negara, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis, Zulkefly Yahya berkata, empat daripada mereka ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 7 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mereka yang ditahan berumur 17 hingga 18 tahun manakala warga Indonesia berumur 20 tahun. Selain itu, sebanyak 233 saman dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cermin sisi, nombor pelat tidak mengikut spesifikasi serta tidak mempamerkan pelekat L dan P.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi tersebut dijalankan di empat lokasi iaitu Jalan Tun Razak hingga Jalan Peel, Jalan Klang Lama menghala ke pusat bandar, Jalan Raja Laut menghala ke Jalan Sultan Ismail dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN