300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri tidak benar - Utusan Malaysia

300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Dakwaan 300,000 kaum India negara ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri seperti yang diuar-uarkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah tidak benar.

Memuatkan artikel berkaitan…
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman
Datuk Mohd. Azis Jamman

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman yang mengesahkan perkara itu berkata, angka yang dibangkitkan itu diperoleh daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu.

“Soalan ini tidak melibatkan kementerian saya dari sudut kebenarannya. Saya faham Yang Berhormat (YB) nyatakan itu bahawa sebelum pilihan raya umum merupakan satu angka yang diambil daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang pada masa itu.

“Sudah pasti angka itu tidak tepat dan tidak benar. Hari ini saya berada dalam Dewan Negara menyatakan jumlah sebenar berkenaan dengan status masyarakat India negara kita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam sesi soal jawab di  Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk T. Mohan yang mempersoal kesahihan angka 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri yang dibangkitkan sebelum ini sehingga menyebabkan MIC kehilangan kepercayaan pengundi. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini