KUALA TERENGGANU 24 Ogos – Kira-kira 300 penggemar sukan lasak di negeri ini turut menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan melakukan Pendakian Merdeka ke puncak Bukit Besar di bandar raya ini sambil membawa Jalur Gemilang. Para peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia termasuk dari luar negara mendaki bukit setinggi 156 meter dalam program yang julung kali diadakan itu. Koodinator program, Che Adam A. Rahman berkata, pihaknya terharu dengan sambutan daripada…










