3 anggota polis direman minta rasuah RM13,000 - Utusan Malaysia

3 anggota polis direman minta rasuah RM13,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 28 Ogos – Tiga anggota polis direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes rasuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, kesemua mereka yang berpangkat Lans Koperal berusia 20-an itu ditahan kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

Menurut beliau, kesemua mereka yang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah di sini dipercayai meminta suapan RM13,000 daripada dua lelaki warga asing yang ditahan kerana kesalahan dadah.

Kesemua mereka dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 3. 15 petang tadi dengan dua daripadanya dilihat memakai seluar dan kasut operasi polis.

Majistret Mohamad Amin Shahul Amin membenarkan permohonan reman berkenaan bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini