KHARTOUM 15 Ogos – Sekurang-kurangnya 22 kanak-kanak dan seorang wanita mati lemas selepas bot yang dalam perjalanan ke sebuah sekolah karam di sungai Nil, utara Sudan hari ini. Bot yang membawa lebih 40 kanak-kanak sekolah rendah itu karam kira-kira 750 kilometer di utara bandar Khartoum. Agensi berita SUNA melaporkan, kejadian itu berpunca daripada kegagalan enjin bot untuk berfungsi ekoran arus sungai yang deras. Mayat mangsa yang terkorban masih belum ditemukan, lapor agensi itu. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya