LANGKAWI – Seramai 203 mangsa ribut daripada 43 keluarga dari tujuh buah kampung di Mukim Padang Matsirat di sini masih berada di sebuah pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Teriang sejak dibuka kelmarin. Pegawai Perhubungan Awam Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan (PA) Muhammad Hilmi Yaakob berkata, tiga keluarga lagi yang membabitkan lapan mangsa berpindah di rumah keluarga terdekat masing-masing. Menurutnya, jumlah mangsa ribut itu membabitkan 80 orang lelaki dewasa,…










