MUAR 30 Ogos – Lebih 200 peserta di sekitar daerah ini turut bersama-sama mengimarahkan program Malaysia #QuranHour yang dijalankan serentak di seluruh negara hari ini. Program bermula kira-kira pukul 11 pagi itu diadakan di Masjid Wawasan, Pekan Bukit Pasir, di sini dengan disertai pelajar Maahad Tahfiz Darul Mutaqqin, masyarakat setempat dan wakil pelbagai agensi. Penasihat Rumah Ngaji negeri, Shamsudin Ismail berkata, program yang diakhiri dengan sesi tadabbur itu bertujuan menerap…









