20 juta mata ganjaran AirAsia BIG Loyalty untuk ahli paling aktif - Utusan Malaysia

20 juta mata ganjaran AirAsia BIG Loyalty untuk ahli paling aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia menawarkan 20 juta mata ganjaran AirAsia BIG Loyalty kepada ahlinya yang paling aktif bermula 1 September hingga 30 November 2018.

Tawaran tersebut bersempena meraikan ahli AirAsia BIG Loyalty yang mencapai 20 juta orang di seluruh dunia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat), Aireen Omar berkata, kempen tersebut dilihat dapat memberikan lebih banyak peluang kepada ahli program kesetiaan AirAsia itu menggunakan mata ganjaran yang telah dikumpul.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli atas sokongan berterusan mereka. Kami tidak dapat melakar kejayaan ini tanpa anda.

“Kejayaan ini adalah sebahagian besar daripada rancangan digital kami untuk syarikat penerbangan ini, selain memberikan para ahli lebih banyak peluang untuk menggunakan mata ganjaran BIG mereka.

“Seterusnya, kami berharap untuk menjadikan mata ganjaran BIG ini sebagai mata wang pilihan dalam ekosistem Kumpulan AirAsia dan rangkaian rakan kongsi kami di seluruh rantau ini,” katanya.

Sementara itu, ahli AirAsia BIG Loyalty yang mengumpul, menebus dan menukar mata ganjaran terbanyak dalam tempoh kempen berpeluang memenangi 20,000 mata ganjaran setiap minggu, setiap bulan (50,000 mata ganjaran) dan hadiah utama (200,000 mata ganjaran) pada akhir tempoh kempen.

Selain itu, ahli-ahli AirAsia BIG Loyalty boleh mengambil bahagian dengan mengumpul mata ganjaran daripada penerbangan AirAsia terpilih, BigPay atau di lebih 160 rakan niaga di Asia Pasifik.

Ahli AirAsia BIG Loyalty boleh layari www.airasiabig.com untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini