KUALA LUMPUR – Sebanyak 199 kes penderaan, pengabaian dan kecuaian melibatkan kanak-kanak dalam jagaan pengasuh dilaporkan di seluruh negara sepanjang Januari hingga Mei lepas. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, jawatankuasa khas yang dicadangkan bagi meneliti masalah itu antaranya akan melihat semula undang-undang sedia ada. Ini termasuk kemungkinan mewajibkan pengasuh yang menjaga kurang daripada empat kanak-kanak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan kawal selia.…










