18 syarikat usahawan Melaka terima geran SME Corp - Utusan Malaysia

18 syarikat usahawan Melaka terima geran SME Corp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 17 Ogos – SME Corporation Malaysia (SME Corp) cawangan negeri Melaka hari ini menyerahkan geran perniagaan kepada 18 syarikat usahawan tempatan berjumlah keseluruhan RM1.5 juta menerusi program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) yang diadakan di Hotel Kobemas di sini.

Majlis penyerahan surat tawaran itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee dan turut dihadiri Pengarah SME Corp Melaka, Nor Hidayaty Mohd. Nor.

BEEP merupakan satu pakej bersepadu meliputi sembilan komponen bantuan kewangan bagi mewujudkan dan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan serta dinamik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Nor Hidayaty sehingga Jun lalu, Melaka mencatatkan penerimaan kelulusan permohonan BEEP tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Sebanyak 383 permohonan telah diterima sejak tahun 2013 untuk program BEEP dan daripada jumlah itu, sebanyak 347 telah diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM13.9 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas program itu sebentar tadi.

Sementara itu, Norhizam Hassan dalam sidang akhbar yang sama memberitahu, usahawan tempatan di negeri ini perlu merebut peluang menerusi skim bantuan yang disediakan menerusi program BEEP.

“Kerajaan negeri mahu anak-anak muda dan usahawan baharu yang diberi geran ini agar berusaha memastikan perniagaan masing-masing mencapai kejayaan.

“Kita (kerajaan) beri bantuan dan apa yang mereka perlu buat adalah membuktikan bantuan tersebut mampu menjana pendapatan syarikat dan sudah pasti jika rekod mereka cemerlang, akan ada lagi bantuan susulan selepas ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN