17 pengawal keselamatan sudah belanja RM2j - Utusan Malaysia

17 pengawal keselamatan sudah belanja RM2j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan lebih RM2 juta daripada RM3.5 juta dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang didakwa diseleweng oleh 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sudah dibelanjakan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, wang terbabit digunakan untuk membeli kereta, motosikal, barangan perhiasan diri, peralatan elektronik dan barangan kelengkapan rumah termasuk perabot.

Menurutnya, suruhanjaya itu hanya berjaya memperoleh semula RM1.47 juta daripada keseluruhan wang diambil pengawal keselamatan terbabit buat masa ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan terkini mendapati kesemua pengawal keselamatan itu sudah membelanjakan lebih RM2 juta daripada RM3.5 juta yang diambil.

“Perabot serta kenderaan yang dirampas SPRM sebelum ini adalah antara barangan dibelanjakan menggunakan wang terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN