KUALA LUMPUR 14 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan lebih RM2 juta daripada RM3.5 juta dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang didakwa diseleweng oleh 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sudah dibelanjakan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, wang terbabit digunakan untuk membeli kereta, motosikal, barangan perhiasan diri, peralatan elektronik dan barangan kelengkapan rumah termasuk perabot. Menurutnya, suruhanjaya itu hanya berjaya memperoleh…










