RIYADH 20 Ogos – Seramai 160 petugas dan juruteknik menyempurnakan proses penggantian kelambu Kaabah atau Kiswah di Masjidil Haram dalam tempoh tiga jam, lapor agensi berita SPA. Menurut portal berita Arab News, pasukan itu mencatat rekod baharu apabila menyelesaikan tugas tersebut 30 minit lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Kiswah baharu yang diperbuat daripada 670 kilogram sutera, 120 kilogram emas, dan 100 kilogram perak itu diangkut sebelum solat Maghrib ke Masjidil Haram. Keseluruhan berat Kiswah adalah 1,150 kg yang dihasilkan menggunakan 23 mesin jahit moden.-AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya